Latest News

Sunday, 19 February 2017

Tangga Batu Melaka Bukan Lagi Kubu Kuat BN !!

Siri Jelajah Melaka 


Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir semalam hadir ke Melaka untuk menghadiri beberapa program yang dianjurkan oleh PPBM Melaka dan Pakatan Harapan. 


Beliau meluangkan masa hadir ke Kejohanan Futsal Tertutup Melaka Piala YB Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir di Sport Planet Futsal Cheng Melaka.

Kejohanan Futsal ini berjaya menarik lebih 100 buah pasukan futsal seluruh Melaka dengan Johan kejohanan membawa pulang hadiah RM3000, medal, piala dan sijil. 

Turut hadir ke program ini adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan Melaka. 







Santai di Kedai Roti Canai Kayu Arang, Cheng Melaka





Kenduri Rakyat Tangga Batu Melaka


Dato Seri Mukhriz turut bersama masyarakat pelbagai kaum di Tangga Batu dalam majlis Kenduri Rakyat.

Lebih 3000 hadir ke majlis ini untuk bersama Timbalan Presiden PPBM dan pemimpin PPBM Melaka.

Apa yang menarik Masyarakat Cina dan India turut mendaftar sebagai ahli PPBM dan umum mengatahui bahawa kawasan ini adalah kubu kuat BN dan kawasan Ketua Menteri sendiri namun berjaya ditebusi oleh PPBM Melaka.















  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tangga Batu Melaka Bukan Lagi Kubu Kuat BN !! Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top