Latest News

Tuesday, 14 February 2017

PPBM Tubuh Kelab Bunga Raya di UK


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menubuhkan Kelab Bunga Raya United Kingdom, sebuah kelab yang dianggotai rakyat Malaysia di UK.

Bunga raya, yang menjadi bunga kebangsaan di negara ini, adalah simbol yang digunakan dalam logo BERSATU.

Presiden Kelab Bunga Raya UK, A Aziz Azizam dalam kenyataannya mengesahkan majlis prapelancaran Kelab Bunga Raya UK diadakan pada Ahad lalu.

Pelancaran itu diadakan bagi memulakan program untuk menjalankan gerak kerja sosial dan kebajikan kepada rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut hadir merasmikan majlis tersebut.

Antara objektif utama penubuhan kelab itu adalah untuk menghakis budaya politik kebencian di kalangan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom.

Kenyataan itu berkata, antara mereka yang menghadiri program ini melibatkan wakil-wakil dari pelbagai kelab politik di UK termasuk Kelab Umno UK dan AMANAH Ubited Kingdom.

Bagaimanapun, Kelab Umno UK menegaskan bahawa ia tiada kaitan dengan politik, seperti yang dinyatakan di laman webnya.

Justeru bagi aktiviti pada tahun ini Kelab Bunga Raya memberi fokus kepada aktiviti ilmiah dan berbentuk perbincangan seperti dialog dan perbincangan meja kopi.

BERSATU, sebuah parti serpihan Umno, telah ditubuhkan selepas bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Umno.

Parti itu juga bersetuju bersama Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PPBM Tubuh Kelab Bunga Raya di UK Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top