Latest News

Sunday, 12 February 2017

Pas diberi tempoh sebulan untuk beri keputusan - Tun Mahathir


ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi tempoh sebulan dari hari ini kepada pemimpin Pas untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan ataupun tidak, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan Pas susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Feb lepas, keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.

"Kalau Pas tak nak masuk (pakatan harapan) pun, terpulanglah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana Bersatu-DAP di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan Presiden bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai perkara itu. - Bernama

Admin: Kalau Parti Pas tak mahu sertai gabungan Pembangkang, Pakatan Pembangkang perlu terus berjalan untuk membuat perubahan demi rakyat dan negara.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Tak abis lagi perangai kaki buli...... kepala besar gunung.....

    ReplyDelete

Item Reviewed: Pas diberi tempoh sebulan untuk beri keputusan - Tun Mahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top