Latest News

Monday, 20 February 2017

Masih terlalu awal tentukan kerusi di Melaka - Mukhriz


MELAKA TENGAH - Masih terlalu awal untuk membicarakan tentang kedudukan kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Melaka, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, harapan tinggi tetap diletakkan bagi tujuan itu berdasarkan sambutan yang diterima dari rakyat negeri ini terhadap PPBM pada setiap kunjung beberapa pemimpin parti itu sejak ia ditubuhkan tahun lalu.

"Tentang kerusi Bersatu di Melaka saya belum pasti dan ianya masih terlalu awal untuk diperbincangkan. Kita pun sedang dalam proses perbincangan dengan rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan dan belum tiba masanya untuk memikirkan kerusi yang ada di negeri ini.

"Tujuan utama kita adalah untuk menumbangkan kerajaan BN (Barisan Nasional) di Dun Melaka dan juga di peringkat parlimen. Harapan tetap ada dan lebih seronok sambutan yang diterima daripada rakyat Melaka itu sendiri amat luar biasa," katanya.

Beliau berkata kepada Sinar Harian selepas menyertai Program Kenduri Rakyat bersama lebih 300 masyarakat di Kampung Bertam Hulu di sini hari ini.

Turut sama, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mohd Redzuan Md Yusof dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen.

Kredit Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Masih terlalu awal tentukan kerusi di Melaka - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top