Latest News

Thursday, 23 February 2017

Cerita Tentang Litar Lumba Kedah Harga RM30 Juta



Video Dato' Azimi Daim, Ketua Bahagian (penaja) PPBM Kulim/Bandar Baharu membidas pembohongan yang dibuat Najib Razak kepada anak muda Kedah berkaitan kelulusan pembinaan litar lumba.

Dato' Azimi mendedahkan, sewaktu beliau menjadi Setiausaha Politik Dato' Seri Mukhriz sememangnya sudah ada peruntukan pembinaan litar lumba Kedah melalui perjanjian diantara pemaju Hotel St. Regis Langkawi dengan Kerajaan Persekutuan.

Dalam perjanjian tersebut, pemaju hotel terbabit akan menyalurkan RM30 juta kepada Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya Kerajaan Persekutuan akan salurkan dana berkenaan untuk pembinaan litar lumba Kedah melalui Kementerian Belia dan Sukan. Namun setelah Hotel St. Regis siap dibina dan beroperasi, litar lumba yang dijanjikan Najib pada PRU 13 yang lalu masih lagi tidak dibangunkan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Cerita Tentang Litar Lumba Kedah Harga RM30 Juta Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top