Latest News

Monday, 9 January 2017

ARMADA PPBM Sedia Gempur Malaysia!



Sebagai "kapten" sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang digelar Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman bersedia menggerakkkan "armadanya" melawan arus politik.

Syed Saddiq berkata seramai 21 barisan pemimpin exconya dan 12 ketua penyelaras negeri dipilih menerusi proses 'temuduga korporat' yang telah menarik lebih 1,000 permohonan.

"Daripada jumlah pemohon itu, mereka yang terpilih dipanggil untuk ditemuduga.

"Ini adalah cara yang paling inklusif untuk memastikan bahawa semua pemohon akan dinilai berdasarkan meritokrasi dan secara demokratik," katanya.

Antara lain, Syed saddiq berkata barisan kepimpinannya termasuk seorang doktor, ahli perniagaan, orang kurang upaya, bekas pemimpin mahasiswa dan tiga mahasiswa dari universiti tempatan.

"Kami tidak menyesal mengatakan kami mewakili kelompok otomotif, kelab kereta, individu kurang upaya dan lain-lain.

"Meskipun orang mengatakan BERSATU seperti UMNO, kami membuat satu titik awal, dasar Armada harus ada setidaknya seorang anggota (Exco) bukan-bumiputera untuk memastikan bahawa dalam jangka panjang kami akan menjadi parti inklusif ," katanya.

Dalam hal keanggotaan, katanya sayap Armada terbuka kepada anggota berusia antara 15 dan 35 tahun yang pada ketika ini mewakili sekitar 40 peratus daripada jumlah anggota berdaftar.

Syed saddiq juga menyatakan terima kasih kepada Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengakui peranan golongan muda dengan melantiknya sebagai naib presiden.

Senarai ARMADA PPBM MALAYSIA dan Penyelaras Negeri


Ketua ARMADA
Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman, Penyelidik dan Kolumnis, 25

Timbalan Ketua ARMADA
Mohd Aizad Bin Roslan, 35, Aktivis

Penolong Setiausaha
Danial Syahiran Ho Bin Imran Ho, 25, Eksekutif Syarikat

Penolong Bendahari
Rafiq Hakim Bin Razali, 27, Jurutera Projek

Ketua Penerangan
Ulya Aqamah Bin Husamudin, 26, Mahasiswa

Exco Pusat
1. Mohd Fahim Bin Mohd Farid, 23, Mahasiswa
2. Muhammad Syazwan Bin Ahmad Zainal, 25, Jurureka Grafik
3. Muhammad Hafiz Bin Azhar, 29, Aktivis
4. Mohamad Taufik Bin Abas, 29, Ahli Perniagaan
5. Abdul Hannaan Bin Khairy, 24, Mahasiswa
6. Ahmad Redzuan Bin Mohamed Shafi, 27, Eksekutif Syarikat
7. Mohd Asyraf Mustaqim Bin Badrul Munir, 31, Wartawan
8. Zainal Abidin Sihab, 32, Ahli Perniagaan
9. Syafiq Bin Ir Mohd Zin, 29, Usahawan
10. Mohamad Firdaus Bin Mat Azahar, 30, Usahawan
11. Amar Pared Bin Mahamud, 26, Eksekutif
12. Dr Muhammad Mahadi Mohamad, 35, Penyelidik
13. Abd Wahazir Abd Wahabi, 32, Ahli Perniagaan
14. Mohd Muzammil Ismail, 28, Pensyarah
15. Amin Afifi Ismail, 30, CSR OKU
16. Mohana Murraly Sinasammy, 27, Pegawai Pemasaran

KETUA PENYELARAS ARMADA NEGERI JOHOR
Norul Haszarul Abu Samah, 35, Pegawai Tadbir

KETUA PENYELARAS ARMADA NEGERI SELANGOR
Adhif Syan Abdullah, 35, Usahawan

KETUA PENYELARAS ARMADA NEGERI PERAK
Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, 35

KETUA PENYELARAS ARMADA NEGERI KEDAH
Mohd Aizad Roslan, 35

KETUA PENYELARAS ARMADA NEGERI PULAU PINANG
Mohamad Safwan Jamal, 27

KETUA PENYELARAS ARMADA NEGERI MELAKA
Muhammad Farhan Faharizan Johari, 24

KETUA PENYELARAS ARMADA NEGERI TERENGGANU
Mohd Syaiful Irfan Bin Anang, 26

KETUA PENYELARAS ARMADA WILAYAH PERSEKUTUAN
Akmal Zahin Hj Zainal Abidin, 23

KETUA PENYELARAS ARMADA KELANTAN
Mohamed Hilmi Che Ramli, 33

KETUA PENYELARAS ARMADA NEGERI SEMBILAN
Mohd Fakri Mohamad Nor, 35

KETUA PENYELARAS ARMADA PERLIS
Syazwan Fahmi Bin Badrul Sham, 24

KETUA PENYELARAS ARMADA PAHANG
Raja Mohd Azlan Bin Raja Omar, 33


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: ARMADA PPBM Sedia Gempur Malaysia! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top