Latest News

Wednesday, 17 August 2016

Video : Ratusan Penyokong Lang Merah 'Lepas Rindu' Dengan Dato Mukhriz Malam Tadi


Mantan Presiden KFA, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir malam tadi hadir ke Stadium Darul Aman memberi sokongan kepada pasukan Lang Merah Kedah ketika pasukan itu bertemu Sarawak dalam aksi Liga Super 2016.

Mukhriz dilihat menonton bersama Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Laksmana Abdul Hamid Thani ibni Sultan Badlishah dan Setiausaha Kehormat KFA, Dato Aminuddin Omar.





Stadium Darul Aman menjadi gemuruh apabila ribuan penyokong Kedah perasan kehadiran Mantan Presiden KFA itu dan mereka melaungkan "Hidup Mukhriz dan I Love U Mukhriz"  secara beramai-ramai.

Penyokong Kedah juga dilihat memenuhi astaka Stadium Darul Aman untuk mendekati dan bergambar dengan beliau (Video).

Lebih manis malam tadi, Kedah berjaya memenanggi perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1 dan merampas kedudukan ke 3 Liga Super dari Selangor.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Ratusan Penyokong Lang Merah 'Lepas Rindu' Dengan Dato Mukhriz Malam Tadi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top