Latest News

Wednesday, 17 August 2016

Video : Dakwaan Haris Fitnah, Tak Berasas - Mukhriz


Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan dakwaan penglibatannya dalam arena politik negara hanya untuk mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri secara pantas adalah fitnah semata-mata.

Kata Mukhriz, kenyataan yang dibuat bekas pegawai politiknya, Haris Che Mat kepada pemberita semalam hanya bersifat andaian tanpa disokong fakta.

“Awal-awal dulu saya rasa tidak patut komen sebabnya sedang berjalan satu kes saman terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad iaitu Setiausaha Akhbar Perdana Menteri kerana membuat tuduhan sama.




“Apabila difikirkan balik, tidak salah saya menjawab kerana bila lihat rakaman sidang media Haris semalam, saya dengar banyak ayat dia bermula dengan perkataan ‘ada ura-ura’.

“Lepas itu dia bercerita Tun Dr. Mahathir Mohamad berpakat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bila masa dia ada di situ sewaktu kononnya Mahathir dengan Muhyiddin cakap pasal ‘fast track’ untuk saya jadi Perdana Menteri?” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.


Utusan Malaysia hari ini melaporkan Haris mendakwa perjuangan Mukhriz dalam arena politik negara hanyalah untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri secara pantas.

Menurut Muk­hriz, beliau kecewa dengan kenyataan yang dibuat Haris itu kerana tidak berasas dan bersifat andaian semata-mata.

“Saya sendiri tidak pernah dengar ada perbincangan (menjadikannya sebagai Perdana Menteri). Malah, saya sudah buat penafian dalam kes saman Sariffuddin. Dia (Haris) membuat andaian bukan-bukan.

“Saya kesal dengan dakwaan tersebut. Kenyataan Haris, memang tidak berasas. Bukan dia menyebut, saya tahu atau berada di situ mahupun saya dengar (rancangan menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri),” ujarnya.

Mukhriz memberitahu, beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haris kerana lelaki itu adalah kawannya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dakwaan-mahu-jadi-perdana-menteri-hanya-fitnah-8211-mukhriz-1.371443#sthash.WlgGyOoS.dpuf



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Dakwaan Haris Fitnah, Tak Berasas - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top