Latest News

Wednesday, 17 August 2016

Tuduh MO1 Adalah Agong, Laporan Polis Terhadap Ahli Parlimen Umno Langkawi Dibuat




Isu yang sedang hangat diperkatakan di media waktu ini berkenaan kenyataan MP Langkawi, Nawawi Ahmad yang telah menyatakan bahawa MO1 itu adalah Agong mendapat kecaman hebat dari rakyat di media sosial.

Pagi tadi, Adun-adun Pembangkang Kedah sewaktu sidang dun telah membuat sidang media yang diketuai oleh Dato Seri Mukhriz mengecam dan meminta Ahli Parlimen itu memohon maaf kepada Agong atas kenyataan biadap itu.

Di Langkawi, satu laporan polis telah dibuat di IPD Langkawi oleh Anina Saadudin berkenaan isu ini. 



Menerusi kenyataan di facebook beliau berkata Saya baru sahaja membuat laporan polis di IPD Langkawi terhadap kenyataan Nawawi Ahmad (Ahli Parlimen Langkawi) berkaitan kenyataan beliau yang menyebut bahawa MO#1 adalah merujuk kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong/

Saya telah memohon agar pihak PDRM mengambil tindakan menyiasat pernyataan ini bagi memastikan Institusi DiRaja yang merupakan Institusi Perlembagaan yang luhur terus dipandang tinggi oleh rakyat jelata.

Dikhabarkan banyak lagi laporan polis terhadap kenyataan Ahli Parlimen Umno ini akan dibuat dalam masa terdekat. 

Misteri MO1? MP Umno kata Agong, tapi kemudian sunting tulisan 
(artikel malaysia kini)

Misteri mengenai siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1MDB menjadi semakin kalut dengan kenyataan wakil rakyat Umno, Datuk Nawawi Ahmad.

Dalam tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.


"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."

Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.

Malaysiakini telah menghubungi Nawawi untuk mendapatkan penjelasan mengapa dirinya menyunting tulisan asalnya itu.

MO1, menurut DOJ adalah seorang pegawai awam kanan yang didakwanya menerima AS$ 731 juta dana yang disalurkan dari 1MDB.

DOJ juga berkata MO1 mempunyai pertalian dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa hanya orang bodoh tidak tahu siapa itu MO1, manakala pembangkang menuding jari kepada Najib.

Najib, bagaimanapun, menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam, dan mendakwa tuduhan seperti itu adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkannya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Siasat la dia ni..dah byk statement dia mcm org tak sekolah je..mcm mana dpt jd mp pun xtau..penduduk langkawi carilah org lain lps ni jgn kasi org ckp lepas mcm mamat ni jd mp lg..memalukan standard wakil rakyat dan malukan kedah ja ada mp dungu mcm ni..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Tuduh MO1 Adalah Agong, Laporan Polis Terhadap Ahli Parlimen Umno Langkawi Dibuat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top