Latest News

Tuesday, 16 August 2016

Terkini : Pendedahan Skandal 1MDB-Dusable Di Kuala Ketil Kedah Oleh DS Mukhriz Di Sidang Dun Kedah



#‎Video‬ Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mendedahan skandal 1MDB-DUSABLE melibatkan kepentingan Negeri Kedah iaitu status pemilikan tanah di Kuala Ketil yang berkeluasan 260 ekar.

Kronologi Isu 1MDB-DUSABLE, projek solar dan tanah Kuala Ketil, Kedah.

-Pada 18 Mac 2014, 1MDB telah menerima surat penganugerahan (Latter Of Award) daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk membangunkan loji janakuasa solar dengan kapasiti sehingga 500MW.


- Pada 11 April 2014, 1MDB dan Dusable, firma tenaga yang diketuai oleh Frank White Jr, penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat telah memeterai perjanjian usahasama untuk pembangunan projek tenaga solar sebanyak 50MW di Malaysia. 1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51% didalam perjanjian usahasama tersebut. Manakala Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan Dusable memiliki 49%.

- Pada tahun 2014, wakil 1MDB telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambilalihan tanah di Kuala Ketil untuk pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit. Tanah tersebut terletak di belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah pertanian kelapa sawit.

- Pada 12 April 2014, 1MDB menerusi anak syarikatnya, 1MDB Solar telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PAA) secara runding terus dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 25 tahun bagi pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti 50MW di tanah yang dibeli di Kuala Ketil. 1MDB akan mengenakan tarif elektrik pada kadar 40sen/kWj dan 46sen/kWj menurut perjanjian tersebut.

- Pada 5 Oktober 2014, 1MDB telah membeli kesemua 49% kepentingan yang dimiliki oleh Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh Dusable dengan bayaran USD69.0 juta.

- Pembelian kepentingan tersebut kononnya sebagai daripada pelan Tawaran Awam Permulaan (Intial Public Offering-IPO) untuk Edra Global Energy Berhad (EDRA) yang bakal dilaksanakan oleh 1MDB dan memudahkan 1MDB dan EDRA mendapat hak 100% untuk menjalankan projek tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah diletakkan dibawah EDRA.

- Pada Februari 2016, 1MDB telah menjual EDRA dan kesemua aset tenaga dan anak syarikatnya termasuk EDRA Solar yang mempunyai kepentingan dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah kepada firma tenaga dari China iaitu China General Nuclear Power Corp.(CGN) dan anak syarikatnya, CGN Group dengan nilai RM9.83 Bilion.

Setelah menjual kesemua aset serta anak syarikat EDRA kepada syarikat luar negara, bagaimana status pemilikan tanah di Kuala Ketil ?

Adakah 100% tanah tersebut telah dimiliki syarikat dari China ?

Bagaimana status pembayaran pembelian tanah oleh 1MDB kepada BDB yang berbaki 90% lagi ?


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Terkini : Pendedahan Skandal 1MDB-Dusable Di Kuala Ketil Kedah Oleh DS Mukhriz Di Sidang Dun Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top