Latest News

Monday, 22 August 2016

Mukhriz: Saya pernah bergaji RM350 sebulan


KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengaku sengaja membuat permohonan pekerjaan sebagai pelayan kafe untuk menarik minat belia terhadap bidang kerja separuh masa, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dalam negara ini.

Bagi Mukhriz, belia di negara ini tidak harus menghabiskan masa di rumah setelah memperoleh ijazah, sebaliknya mereka perlu keluar mencari pekerjaan tanpa mengira bayaran gaji.

Kata Mukhriz lagi ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media di sini semalam, beliau juga seperti anak muda lain, pernah bekerja separuh masa untuk mengisi masa terluang semasa menyambung pengajian suatu ketika dahulu.

“Selepas saya tamatkan pengajian di maktab, saya telah dihantar (menyambung pengajian) ke Jepun. Saya bekerja separuh masa di sebuah bank di sana dengan gaji yang diberikan hanya RM350 sebulan.

“Saya bekerja selama lima hari seminggu dan saya gunakan duit gaji yang diperoleh untuk menyara keperluan diri di sana,” katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini, hari ini.

Mukhriz sebelum ini pernah mencuri perhatian netizen apabila membalas komen mencuit hati di laman sosial Instagram milik sebuah kafe di Kedah.

Difahamkan, akaun Instagram berkenaan pada mulanya memuat naik gambar bagi mengiklankan jawatan kosong sebagai pelayan di kafe berkenaan.

N‎amun begitu, apa yang mengejutkan adalah gambar yang dimuat naik tersebut turut mendapat perhatian dan komen yang menggelikan hati daripada anak kepada bekas Perdana Menteri tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhkriz mohon kerja sebagai pelayan kafe‎]

“Kita tak mahu anak muda membuang masa dengan hal yang tidak berfaedah. Kalau ada peluang kerja, eloklah ambil peluang tersebut,” katanya lagi.


artikel sinar harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Item Reviewed: Mukhriz: Saya pernah bergaji RM350 sebulan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top