Latest News

Saturday, 9 April 2016

Shafie Apdal Yakin BN Boleh Menang Di #PRNSarawak Atas Sebab Tertentu



SHAFIE APDAL YAKIN BN AKAN MENANG DI PRN SARAWAK ATAS SEBAB TERTENTU.

Dalam sidang media (video) YB Dato' Sri Hj Shafie Apdal siang tadi selepas program ''Berbicara Santai Bersama Naib Presiden UMNO Malaysia" beliau menyatakan keyakinan bahawa BN akan menang dalam PRN Sarawak bukan sebab pembangunan atau Najib, sebaliknya atas sebab tertentu.


Menurut Shafie Apdal '' Saya yakin bahawa kemenangan ini oleh kerana pimpinan di situ khususnya YAB Ketua Menteri Sarawak yang melaungkan supaya Sarawak untuk Sarawak dan juga hak-hak seperti autonomi, penjawat jawatan serta pelbagai-bagai yang dia (Ketua Menteri Sarawak) tuntut.

" Ini merupakan satu tarikan kepada rakyat Malaysia yang berada di negeri Sarawak '' katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai tempias yang akan diterima BN disebalik isu-isu skandal Najib, Shafie Apdal tidak menafikan bahawa BN akan menerima tempias hilang undi dari golongan penduduk bandar dan golongan berpendidkan tinggi di luar bandar.

 #DeklarasiRakyat #PRNSarawak
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Shafie Apdal Yakin BN Boleh Menang Di #PRNSarawak Atas Sebab Tertentu Rating: 5 Reviewed By: Pisau Kedah
Scroll to Top