Latest News

Thursday, 3 March 2016

Tun Dr Mahathir popular di Google Malaysia



Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi nama paling banyak dicari di Google Malaysia selepas beliau keluar Umno sebagai tanda protes pada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Bagaimanapun, perkara itu bukan perkara baru.

Menurut Google Trends, carian berkaitan perdana menteri keempat itu pernah lima kali menduduki kedudukan teratas dalam tempoh sepuluh tahun terakhir.

Pada April 2005, “Mahathir” menjadi carian utama pada April 2005 selepas hadir ke 'pertemuan mesra' dengan bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.


Pertemuan itu menjadi perhatian media di seluruh dunia sebagai pertemuan dua orang kuat dalam politik Asia.

Pada 2006, beliau menjadi carian terpenting Google selepas melancarkan serangan terhadap penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau ketika itu mengkritik sikap Abdullah terhadap projek-projek eranya seperti empangan Bakun, jambatan bengkok ke Singapura dan projek landasan kereta api berkembar.

Ketika memulakan blog pada Mei 2008, namanya menjadi carian utama sekali lagi.

Laman webnya menerima jutaan pelawat hanya dalam tempoh sebulan dan hampir 20 juta hit selepas setahun beroperasi.

“Mahathir” juga mendominasi carian pada Mei 2013 selepas pilihan raya umum ke-13 apabila anaknya Datuk Seri Mukhriz menang kerusi negeri dan menjadi menteri besar Kedah.

Beliau terus menjadi perhatian di Google Malaysia pada April 2015 selepas menulis artikel demi artikel berkaitan syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB di blognya.. Sumber Malaysiakini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tun Dr Mahathir popular di Google Malaysia Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top