Latest News

Thursday, 3 March 2016

Saya Kekal Sebagai Ahli UMNO - @MukhrizMahathir

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama YB Dato' Seri Shafie Apdal dan
YB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam sidang media di Epicure, Jalan Medan Setia.

Yang pertamanya saya hadir disini sepertimana Dato' Seri Shafie Apdal untuk menyatakan bahawa saya juga sama pendirian dengan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkait dengam keahlian, saya juga kekal sebagai ahli UMNO dan membuat keputusan untuk mengkritik dari dalam.

video

Ianya tidak bercanggah dengan pendirian YAB Tun Dr Mahathir kerana pendekatan beliau sedikit berbeza tetapi prinsipnya sama iaitu kita nak menegakkan kebenaran.

Kita nak yang benar itu didedahkan dan sekiranya berlaku kemungkaran-kemungkaran atau kebatilan itu juga perlu diambil tindakan . Jadi diatas prinsip tersebut, maka saya bersama dengan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YB Dato' Seri Shafie Apdal kekal sebagai ahli UMNO dan saya kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerlun.

YB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir
Ketua UMNO Bahagian Jerlun
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. LANYAK PM USD1 BILLION DENGAN BARUAH2 NYA CUKOP!!

    ReplyDelete

Item Reviewed: Saya Kekal Sebagai Ahli UMNO - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: Pisau Kedah
Scroll to Top