Latest News

Monday, 14 March 2016

Remaja Pendebat Terbaik Dunia di Serang Portal Pro Najib!


Semalam pendebat terbaik Malaysia Syed Saddiq dikatakan seorang yang tidak bermoral kerana kaki kelab malam,

Jawapan Syed boleh dibaca dibawah,

Tuduhan terhadap beliau,

"I cannot change my past but I can change my future"

Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.

But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.

Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh.
Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya. Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap. Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.

Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.
Saya sudah menjelaskan & "come clean" about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB?

Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran

Tapi kenyataan dan pengakuan beliau telah diputar belitkan oleh portal pro Najib kononnya beliau mengaku seorang kaki kelab malam.

Sedangkan Syed sudah menjelaskan bahawa beliau bukan kaki clubbing atau disko, tapi gambar semasa pertandingan di peringkat Asia.

Kenyataan Syed Saddiq disambut oleh senior beliau di Uiam, Amin Idris, baca tulisan Amin dibawah,

Saya difahamkan jaguh debat dunia yang juga junior saya di UIA; Syed Saddiq sedang dihentam hebat antara lain kerana kisah silamnya.

1. Selain penjelasannya yang jujur, Allah menilai amalan kita sekarang dan tidak memandang kisah silam sekiranya kita sudah berazam dan nekad untuk berubah.

2. Dalam sejarah, nabi tidak menghukum para sahabat baginda atas kekufuran mereka sebelum menerima Islam. Ada yang minum arak, ada yang bersyair sehingga melampaui batas syara', malah ada yang syirik kepada Allah. Tetapi bila mereka menerima Islam, yang penting ialah 'here and now' dan bagaimana mereka mengakhiri hayatnya. Bukan kisah silam.

3. Saya menyatakan sokongan dan doa saya untuk beliau. Beliau adalah aset negara. Berpotensi tinggi, 'principle centred', multi talented. Keep strong my brother. May The force be with you!

Sabda Nabi SAW

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَّطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Setiap anak Adam sering bersalah, dan sebaik-baik yang bersalah adalah yang bertaubat.

(Ibn Majah kitab az-Zuhd bab dzikrit-taubah no. 4251, Sunan ad-Darami kitab ar-Riqaq bab fit-Taubah no. 2727, Musnad Ahmad bab hadits Anas Ibn Malik. No. 13072)

Siiru ala barakatillah brotha!

Penulis juga berpendapat bahawa, Syed Saddiq sedang berdepan dengan serangan politik terhadap diri beliau. Perbuatan ini hanyalah mahu beliau menutup mulut dan tidak lagi mempertikaikan Kerajaan, lebih-lebih lagi PM Malaysia Najib Razak.

Namun perbuatan portal pro Najib ini hanyalah membangkitkan kebencian pelajar IPTA terhadap Kerajaan, kerana pertanyaan bukan dijawab dengan jawapan, tapi kecaman dan tindakan yang tidak masuk akal.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

5 comments:

  1. bab protect diri..keluar seribu satu mcm hadis....terlebih maksum la pulakk...sekolah bagi habis la dulu nak ooii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa point saudara anony 14 March 2016 at 17:17? bila masa pulak dia ckp yg dia maksum? tak reti bace ke yg dia mengaku la dulu dia pun jahil gak tp tu perkara yg dah lepas. apa guna ungkit bende yg dah lepas? saudara boleh buat apa2 ke dgn bende yg dah lepas? bende yg nak kene fokus adalah masa kini dan masa depan. sbb tu la tun m buat wawasan 2020(vision 2020) supaya malaysia ada matlamat utk dicapai di masa depan. saudara berjalan pandang ke depan atau ke belakang? ada akal pakai la saudara.

      Delete
  2. and pengecut komen saya terdahulu untuk tulisan anda sebelum Ini anda tidak siarkan...... susah sangat ker nak faham sumber DANA juga datang Dari penderma tempatan? bila di campur Dan melebihi Dari cukup..... saah ker Najib pulangkan semula? kaau kamu nafikan sumber tempatan tidak perah wujud..... bagaimana pembangkang boleh memiliki daa pilihanraya?....jangan munafik lah Mukriz...... ar5ikel di atas...... yang bloger hancing kamu menyerang tubuh badan Perdaa Menteri yg memmimpin kerajaan yg berusaha memberi peluang anak muda itu belajar dengan selesailah..... kamu pandang sepi mengapa? dah mula pandai tak boleh kena usik nampak?..... hebat sangat ker pihak kamu?..... bagaimana saranan agama untuk berperasangka baik? dan menolak fitnah? ....hipokrit Dan munafik.memikul dosa kering.....

    ReplyDelete
  3. Jawapan dh byk diberi oleh bekas CFO...siap diberi peluang utk debat lg...tp senyap menikus...lg mau sembang kencang...kikiki...

    #jgn buta mata & buta hati

    ReplyDelete
  4. Macai Umno mmg siallll

    ReplyDelete

Item Reviewed: Remaja Pendebat Terbaik Dunia di Serang Portal Pro Najib! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top