Latest News

Thursday, 17 March 2016

'Deklarasi Rakyat' Tun Mahathir boleh kukuhkan kuasa Najib dan UMNO - BMI Research



‘Deklarasi Rakyat’ seperti yang digerakkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, bertujuan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin memberi kesan yang bertentangan.

Portal berita MalayMail Online melaporkan, memetik kenyataan agensi penyelidikan Fitch Group hari ini yang menyatakan bahawa ‘deklarasi’ tersebut boleh mencetus impak sokongan tambahan kepada Najib berbanding tujuan asalnya.

Dalam kenyataan itu, BMI Research mendapati bahawa klausa kedua dalam ‘Deklarasi Rakyat’ yang menyeru semua pihak yang bekerjasama dengan Najib untuk disingkirkan, akan berkemungkinan besar membawa kepada penyatuan parti dan menyokong Presiden UMNO.

“Sementara klausa pertama deklarasi itu menyatakan ‘rakyat Malaysia yang menandatangani (deklarasi) bersetuju untuk menyokong peletakan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia melalui cara yang dibenarkan perundangan’ suatu yang tidak mengejutkan, klausa kedua yang menyeru ‘penyingkiran mereka yang bekerjasama dengan Najib’, tidak senada dengan UMNO.

“Sebaliknya, parti akan melihat kenyataan itu sebagai serangan ke atas UMNO dan kami percaya ini akan menjadi titik perubahan dalam parti sekali gus meyakinkan pemimpin akar umbi untuk menyokong Najib,” ujar kenyataan itu.

Jelaskan dakwaan

Pada masa yang sama, Putrajaya perlu menjelaskan dakwaan mengenai isu kewangan Lembaga Tabung Haji, kerana itu mampu menentukan sokongan orang Islam.

BMI Research menejlaskan, ahli-ahli UMNO akan melihat deklarasi Mahathir itu sebagai serangan ke atas parti itu sendiri dan bukannya ditujukan khusus kepada Najib.

“Pengumuman dan acara menandatangani Deklarasi Rakyat pada 4 Mac tidak membentangkan risiko jika Najib berkuasa.

“Sebaliknya, deklarasi itu telah mengukuhkan UMNO seterusnya merapatkan barisan untuk terus menyokong Najib,” kata kenyataan itu yang turut menambah bahawa Najib akan terus berkuasa jika mendapat sokongan pemimpin-pemimpin akar umbi.
Pengumuman keluar UMNO oleh Mahathir juga dilihat mempunyai impak yang kecil kepada Najib.

Selain itu, penyingkiran Mahathir dari Petronas, kegagalan menyelamatkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir daripada bertahan dengan jawatan Menteri Besar Kedah, serta jalinan kerjasama dengan DAP, menunjukkan pengaruh politiknya yang semakin berkurangan.

Tambah kenyataan itu, tindakan Mahathir keluar UMNO tidak akan menjurus kepada peletakan jawatan Najib, seperti yang pernah dilakukannya dahulu pada 2008 (hingga menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri ketika itu. Astro Awani
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Apa research sekalipun dibuat tak boleh pakai. Nak tahu sokongan rakyat, sila buat Pilihanraya Umum seluruh Malaysia. Baru kita tahu siapa yang rakyat sokong, siapa yang menjadi pilihan rakyat dan siapa yang diberi mandat. Setakat research dan cakap-cakap mulut ni tak dapat nak disahkan kesahihan hakikat yang sebenar. Jadi apa kata jalankan Pilihanraya Umum seluruh negara??

    ReplyDelete

Item Reviewed: 'Deklarasi Rakyat' Tun Mahathir boleh kukuhkan kuasa Najib dan UMNO - BMI Research Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top