Latest News

Wednesday, 13 January 2016

Carlos Kahe Dijangka Tiba Di Kedah 14 Januari (9 Malam)



Penyerang Import baru Kedah Carlos Kahe dijangka tiba 9:00 malam esok di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas bersama pengurusnya Carlos Roberio, pemain legenda 90an skuad hijaukuning. 
Sandro Mendonca juga akan tiba bersama delegasi yang sama malam esok.

Persatuan Bolasepak Kedah mengalu-alukan kehadiran penyokong hijaukuning untuk meraikan kehadiran Kahê ke bumi Darul Aman.

Selain Kahê yang bakal mengisi posisi penyerang skuad hijaukuning, Kedah turut mengekalkan 3 pemain import tahun lepas iaitu Bang Seung Hwan, Liridon Krasniqi dan Sandro Mendonca.

Liridon Krasniqi dimaklumkan tiba esok dengan penerbangan lain bersendirian.

Kehadiran Kahê pasti dinantikan semua pemerhati bolasepak Malaysia dengan Kedah dianggap pasukan pencabar dalam saingan Liga Super 2016.

Kahê, Sandro dan Liridon dijangka berlatih bersama skuad hijaukuning 15 Januari ini.

BIODATA Kahê

Nama penuh: Carlos Eduardo de Souza Floresta
Tarikh lahir: 28 Ogos, 1982 (34 tahun)
Tempat lahir: São Paulo, Brazil
Tinggi: 1.87 m (6 kaki 2 inci)
Posisi: Penyerang

Informasi Kelab
Karier Remaja
1998–2001 Portuguesa (Sao Paulo)

Karier Senior
2002–2004 Nacional (Sao Paulo)
2004–2005 Palmeiras
2005 Ponte Preta
2005–2007 Borussia M'Gladbach
2007–2010 Gençlerbirliği
2010–2013 Manisaspor
2013-2014 Denizlispor
2014-2015 Karşıyaka 29
2015 Oeste
2016 Kedah F.A.

Pasukan Kebangsaan
2002 Brazil U20
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Carlos Kahe Dijangka Tiba Di Kedah 14 Januari (9 Malam) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top