Latest News

Monday, 7 December 2015

Kedah Benam Felda Untuk Mara Ke Final TM Piala Malaysia


Kedah beraksi cemerlang dihadapan puluhan ribu penyokong sendiri dengan mara ke final Piala Malaysia 2015. 

Jaringan menarik penyerang import dari Brazil, Sandro Da Silva menerusi sepakan percuma pada minit ke-50 membantu Kedah mengalahkan Felda United 2-1, sekaligus menggembirakan 30,000 penyokong Hijau Kuning yang membanjiri Stadium Darul Aman.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan skuad Helang Merah menerusi jaringan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-38 selepas menerima hantaran dari Thiago Augusto Fernandes.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila penyerang import dari Nigeria, Chidi Edeh menyamakan kedudukan untuk Kedah, selang lima minit kemudian setelah menerima hantaran lintang daripada Baddrol Bakhtiar yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Felda United sebelum itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Indra Putra Mahayuddin diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan, Muhammad Zamzaidi Katimin pada minit ke-60 selepas dilayangkan kad kuning kedua.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Benam Felda Untuk Mara Ke Final TM Piala Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top