Latest News

Monday, 30 November 2015

TAMAN EKO ULU MUDA #DiscoverKedah2016



Taman Eko Ulu Muda merupakan hutan warisan negeri dan amat kaya dengan perlbagai spesis flora dan fauna. Ia terletak 95km dari Bandar Alor Setar dan 23km dari Pekan Sik. Ia mudah dihubungi oleh pelancong melalui jalanraya dan seterusnya menaiki pacuan empat roda ke dalam kawasan hutan. Selain itu, bot-bot nelayan juga disediakan untuk membawa pelancong ke kawasan hutan dengan melalui Tasik Muda.

Ulu Muda adalah salah satu daripada 10 destinasi eko pelancongan istimewa di Malaysia. Ulu Muda mempunyai ciri-ciri flora yang kaya dnegan elemen Thai-Burma yang kekal lebih 130 juta tahun serta terdapat kepelbagaian dan kepadatan sira (salticks) dan air panas (hot spring) sebanyak 10 lokasi yang penting untuk fauna. 



Terdapat beberapa gua batu kapur yang menarik malah pengunjung dapat melihat spesis kelawar di dalam gua-gua tersebut iaitu 53% spesis yang terdapat di Malaysia. Terdapat juga 109 spesis fauna (termasuk 17 mamalia besar) dan spesis yang hampir pupus.

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di Taman eko ulu muda seperti berkhemah, kembar, memerhati unggas dan haiwan liar, memancing dan aktiviti menyusuri sungai/tasik. 

Taman Eko Ulu Muda merupakan hutan warisan negeri dan amat kaya dengan perlbagai spesis flora dan fauna. Ia terletak 95km dari Bandar Alor Setar dan 23km dari Pekan Sik. Ia mudah dihubungi oleh pelancong melalui jalanraya dan seterusnya menaiki pacuan empat roda ke dalam kawasan hutan. 

Selain itu, bot-bot nelayan juga disediakan untuk membawa pelancong ke kawasan hutan dengan melalui Tasik Muda.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: TAMAN EKO ULU MUDA #DiscoverKedah2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top