Latest News

Wednesday, 11 November 2015

Perdana Menteri , DS Mukhriz Antara Yang Hadir Di Rumah Terbuka Deepavali 2015 Malam Ini




Hari Terbuka Deepavali Esok Turut Disertai Media Dan Ejen 17 Negara
Seramai 152 pengamal media dan ejen pelancongan daripada 17 buah negara akan menyertai Sambutan Rumah Terbuka Deepavali 2015 peringkat kebangsaan di Padang Awam Kulim, esok.

Program di bawah Mega Familiarisation Programme anjuran Tourism Malaysia itu disertai peserta dari Australia, China, Korea, India, Indonesia dan Amerika Syarikat untuk mempromosikan pakej pelancongan yang ditawarkan di Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Promosi Antarabangsa) Datuk Azizan Noordin berkata sempena sambutan rumah terbuka Deepavali esok, peserta turut diberikan taklimat mengenai produk pelancongan di Kedah dan Perlis.

"Kita berharap peserta dapat merasai sendiri kemeriahan sambutan perayaan Deepavali dengan harapan dapat memberi gambaran apa yang mampu Malaysia tawarkan apabila mereka datang bercuti di sini," katanya pada sidang media Selasa.

Kira-kira 50,000 masyarakat India dan kaum-kaum lain dijangka turut serta dalam sambutan itu yang bakal disertai Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Exco Agama, Hal Ehwal Agama Masyarakat Siam, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata Kedah meminta pelancong melihat apa yang Kedah dapat tawarkan kepada mereka.

"Seperti kita sedia maklum, pelancong yang datang ke Kedah akan tertumpu di Langkawi sedangkan banyak produk-produk pelancongan yang lain disediakan di tanah besar Kedah," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2016 Discover Kedah selain berusaha menjadikan Gunung Jerai sebagai Geopark kedua selepas Langkawi.

Kertas cadangan untuk menjadikan Gunung Jerai sebagai Geopark sedang dibuat sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri dan berharap impian melihat gunung itu muncul sebagai Geopark kedua negeri ini tercapai, katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perdana Menteri , DS Mukhriz Antara Yang Hadir Di Rumah Terbuka Deepavali 2015 Malam Ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top