Latest News

Sunday, 1 November 2015

Live : Program Mesra Rakyat Yan Sesi Petang #MBMesraRakyat


Selesai majlis di Pantai Murni Yan semalam, rombongan kerajaan negeri terus ke Sekolah Menengah Agama Yan dan YAB Menteri Besar Dato Seri Haji Mukhriz sempat member kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar SPM sekolah tersebut. 

Kedatangan beliau dan rombongan disambut lebih 200 pelajar dan guru sekolah tersebut. 




Selepas itu YAB Menteri Besar terus ke Majlis Jamuan Rakyat di Kampung Batas Ubi Yan untuk bersama rakyat.

Lebih 500 orang penduduk hadir ke jamuan rakyat bersama Menteri Besar. 

Dikesempatan ini diambil oleh rakyat untuk bercakap terus kepada Dato Seri Mukhriz mengenai masalah mereka. 


Selesai Majlis Jamuan rakyat , Dato Seri Mukhriz bersama rombongan ke Majlis bersama RELA di pematang buluh dan selesai Majlis beliau telah mengadakan taklimat tertutup bersama Umno Bahagian Jerai di Pejabat Umno Jerai Guar Chempedak.

Dalam Majlis itu juga beliau dan barisan Exco Kerajaan Negeri diperkenalkan dengan keluarga angkat masing-masing dan pulang ke rumah keluarga angkat untuk berehat dan bermalam. 


Sebelah malam Dato Seri Mukhriz bersama barisan Exco Kerajaan menunaikan solat isyak dan jamuan makan malam bersama jemaah di Masjid Kampung Setar. 

Selesai majlis di masjid beliau dan barisan  Exco Kerajaan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing sebelum bermula program hari kedua yang bermula jam 5.30 pagi. 













  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Live : Program Mesra Rakyat Yan Sesi Petang #MBMesraRakyat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top