Latest News

Thursday, 5 November 2015

Lang Merah Kedah Mara Ke Suku Akhir Setelah Tewaskan JDT II 4 -2


Skuad Lang Merah Kedah, mara ke suku akhir Piala Malaysia apabila menang 4-2 ke atas JDT II dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu malam tadi.


Bersaksikan lebih 2000 penyokong setia kedah yang hadir ke selatan tanah air untuk memberi sokongan moral kepada Skuad kesayangan mereka, Kedah mempamerkan aksi juang yang tinggi walaupun ketinggalan 2 - 1 dalam babak pertama.

Kedah bangkit melawan pada babak kedua dan menjaringkan tiga lagi gol untuk menewaskan JDT II 4-2 sekaligus layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Empat gol Kedah dijaringkan oleh Chidi Edeh pada minit ke-17, Mohd Syazwan Zainon (61'), Muhammad Syafiq Ahmad (69') dan Liridon Krasniqi (76') manakala dua gol JDT II disumbangkan oleh Nicolas Delmonte pada minit ke-24 dan Muhammad Akram Mahinan pada minit ke-27.

Kedah akan mengiringi tiga pasukan lain iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor dan juara bertahan, Pahang yang terlebih dahulu mengesahkan tempat ke suku akhir.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lang Merah Kedah Mara Ke Suku Akhir Setelah Tewaskan JDT II 4 -2 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top