Latest News

Thursday, 5 November 2015

Kekanda Kepada Yang di-Pertuan Agong Mangkat



ALOR SETAR, 4 Nov (Bernama) -- Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah mangkat di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Sultan Kedah, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan, berkata Tunku Hamidah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada pukul 11.50 pagi akibat kegeringan.

Jenazah Almarhumah Tunku Hamidah akan disemadikan di Makam DiRaja Langgar dekat sini pada 10 pagi esok, katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga baginda.
Menurutnya, jenazah baginda mulai disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit bermula 3 petang tadi sehingga 7 malam ini untuk penghormatan terakhir.

Syed Unan Mashri meminta semua berdoa ke hadrat Illahi semoga roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama para Shuhadah dan Solihin.


-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kekanda Kepada Yang di-Pertuan Agong Mangkat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top