Latest News

Tuesday, 3 November 2015

Kedah Terima Pelaburan RM3b Dari Qingdao Untuk Projek KIFT


Projek Mega Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) di Kuala Kedah bakal terlaksana apabila menerima pelaburan berjumlah RM3b dari Qingdao, China.

Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kerjasama Qingdao dan kedah ini melibatkan pendaratan ikan tuna daripada lautan Hindi untuk diproses di negeri Kedah sebelum dieksport ke China melalui pelabuhan Qindao.

"Projek ini merupakan pelaburan terbesar dari China ke Malaysia, khususnya Kedah". Katanya.

Menurut beliau lagi, projek ini melibatkan pelaburan sebanyak RM1 bilion di Kedah dan pelaburan untuk menyediakan 20 kapal laut dalam berjumlah RM2 bilion.

Qingdao mempunyai pusat pendaratan ikan terbesar dan mendapat sokongan begitu baik dari Kerajaan China. Kedah yakin dapat memafaatkan kepakaran itu.

Projek ini merupakan pemulaan untuk Kedah menerokai peluang-peluang yang mungkin wujud antara kedua pihak yang mempunyai banyak teknologi dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan kolaborasi dan persefahaman antara Kedah dan Qingdao dapat dipertingkatkan ke tahap yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Beliau berucap semasa merasmikan seminar '21st Century Maritime Silk Road Kedah-Qingdao Bilateral Investment Oppotunities' di Grand Alora Alor Setar semalam.

Dalam majlis itu Dato Seri Mukhriz menyaksikan majlis menandatangani tiga memorandum persefahaman (MOU) antara Kedah dan Qingdao.

MoU melibatkan MoU Perdagangan Dua Hala dan Promosi Pelaburan Kerjasama antara Kedah Invest dan Biro Perdagangan Qingdao, MoU Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Kerajaan Perbandaran Qingdao serta MoU Kumpulan Lu Haifeng dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi projek KIFT.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Terima Pelaburan RM3b Dari Qingdao Untuk Projek KIFT Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top