Latest News

Sunday, 8 November 2015

652 Terlibat Program Gotong-Royong Mega 'Jom Tempur Aedes' Kedah



ALOR SETAR, 7 Nov (Bernama) -- Sebanyak 652 orang terdiri daripada penduduk Taman Bersatu, Kuala Kedah, agensi kerajaan dan sukarelawan terlibat dalam program Gotong-Royong Mega 'Jom Tempur Aedes' peringkat negeri hari ini.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Taman Bersatu dipilih sebagai lokasi tuan rumah program itu memandangkan kepadatan penduduk di kawasan berkenaan, selain pernah mencatat dua kematian akibat denggi pada 2007.

Pada tahun ini, tiga kes denggi dilaporkan di Taman Bersatu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam program hari ini, 10 pasukan bergerak membantu membersihkan kawasan lapang, taman permainan dan kawasan rumah penghuni.

"Ada dalam kalangan penghuni tidak ambil serius bekas-bekas didapati menjadi takungan air, malah terdapat tempat yang berpotensi bagi pembiakan Aedes," kata Dr Norhizan.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 652 Terlibat Program Gotong-Royong Mega 'Jom Tempur Aedes' Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top