Latest News

Thursday, 1 October 2015

Perhilitan: Lokasi serangan kawasan keliaran gajah


NAKA - Sebuah rumah milik sepasang suami isteri yang dirosakkan gajahdi Kampung Cherok Malau, Mukim Tekai Kiri, baru-baru ini, dikenal pasti lokasi haiwan tersebut berkeliaran.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Mohd Hafid Rohani berkata, siasatan mendapati rumah yang dibina pasangan suami isteri itu berada dalam kawasan Hutan Simpan Ceba.

"Kita yakin, struktur binaan itu tidak sah dan tiada geran yang dikeluarkan pihak berkenaan.

“Bagaimanapun, sehingga kini kami belum menerima sebarang laporan dari mangsa.

"Siasatan mendapati rumah itu adalah pondok yang menjadi tempat persinggahan bagi penoreh di kawasan itu berehat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kawasan Hutan Simpanan Ceba turut dihuni haiwan liar tersebut.

"Kawasan itu sememangnya lokasi keliaran gajah dan dipercayai haiwan itu akan turun ke situ dua hingga tiga kali setahun, terutama pada musim buah-buahan," katanya.

Difahamkan, pada 2012 lalu berlaku kes anak gajah mati di kawasan itu dipercayai diracun.

Semalam Sinar Harian melaporkan kediaman sepasang suami isteri rosak disebabkan serangan gajah di Kampung Cherok Malau.

Dalam kejadian berkenaan, tanaman seperti pokok pisang dan semaian getah turut musnah.

Bagaimanapun, pasangan terbabit terselamat dan mereka bersama beberapa jiran terpaksa keluar daripada kawasan itu berikutan bimbang serangan gajah berulang.

Sinar Harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perhilitan: Lokasi serangan kawasan keliaran gajah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top