Latest News

Saturday, 31 October 2015

LIVE : Program Mesra Rakyat Yan Sesi Pagi #MBMesraRakyat @mukhriMahathir


Program Mesra Rakyat (PMR) daerah Yan bermula pagi ini dengan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bersarapan dan beramah mesra bersama rakyat di Pekan Yan Kecil. 

Selesai sarapan YAB Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri ke tapak projek pelancongan di Pantai Murni. 

Rombongan kerajaan negeri juga sempat melawat bangunan rumah kedai baru di Simpang 3 Sungai Limau dan sempat berkunjung ke Pekan Nat di hadapan lokasi rumah kedai tersebut. 

PMR Yan adalah siri ke 6 Program Mesra Rakyat. Sebelum ini telah diadakan di Daerah Kulim Bandar Baharu, Baling , Padang Tetap , Sungai Petani dan Pendang. 

Program seperti ini untuk rakyat lebih dekat dengan Menteri Besar dan meluahkan masalah mereka kepada Kerajaan Kedah. 



















  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: LIVE : Program Mesra Rakyat Yan Sesi Pagi #MBMesraRakyat @mukhriMahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top