Latest News

Saturday, 3 October 2015

Helang Merah Rembat Singa Di Darul Aman


Skuad Helang Merah Kedah merampas tangga pertama kumpulan A selepas membenam Lions XII 2 - 0 malam tadi di Stadium Darul Aman dalam aksi TM Piala Malaysia. 

Kedah yang bermula garang diawal permainan dengan aksi menyerang dan berjaya memperoleh beberapa percubaan bahaya terutama dari penyerang import Kedah Chidi Edeh dan Sandro namun buntu menebusi aksi mantap penjaga gol Lions Xii. 

Aksi separuh masa kedua jelas menyebelahi Kedah yang menyerang seawal masa kedua dan akhirnya Chidi Edeh mengamatkan lebih 21.000 penyokong Kedah dengan jaringan gol pertama melalui tandukan mudah selepas bola sepakan percuma Sandro ditepis oleh penjaga gol Liond  dan datang tepat kepada Chidi.

Suasana Stadium Darul Aman terus gamat dengan beberapa percubaan berbahaya Kedah namun ketangkasan penjaga gol Lions menafikan jaringan yang lebih banyak buat Kedah. 

Minit ke 78 ternyata malam untuk Chidi Edeh apabila menjaringkan gol kedua Kedah sekaligus Kedah menang dengan dua gol tanpa balas dan merampas pendahulu kumpulan A dari Lions XII. 





Sumber gambar dari Media KFA 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Helang Merah Rembat Singa Di Darul Aman Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top