Latest News

Saturday, 17 October 2015

Bang Seung Hwan Kembali Perkuat Jentera Helang Merah


Bang Seung Hwan Kembali Perkuat Jentera Helang Merah

Selepas cuti berehat untuk beberapa ketika atas sedikit masalah peribadi, Kereta Kebal Kedah, Bang Seung Hwan kembali menjalani latihan bersama skuad Kedah.

Walaupun heboh di media masa menyatakan Bang telah kembali ke Korea, namun menurut beliau sendiri, beliau hanya berehat di Kedah untuk bertenang dan kembali semula selepas kemelut yang melanda reda.

Menurut Bang, beliau kembali menjalani latihan selepas berbincang dengan pihak pengurusan KFA dan memohon maaf kepada jurulatih, rakan-rakan dan semua penyokong atas tindakannya sebelum ini.

Bang yang boleh beraksi di beberapa posisi tetap bersemangat untuk kembali membantu Kedah dalam menghadapi baki TM Piala Malaysia dan dapat mara ke peringkat seterusnya.


Nama Bang kembali tersenarai dalam Squad List Kedah malam nanti untuk menentang Terengganu dan tentunya kehadiran serta kembalinya Bang mengembirakan puluhan ribu penyokong skuad Helang Merah. 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bang Seung Hwan Kembali Perkuat Jentera Helang Merah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top