Latest News

Thursday, 24 September 2015

Yang di-Pertuan Agong Solat Aidil Adha Di Masjid Zahir




Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir.

Baginda tiba di Masjid Zahir, 8.40 pagi dan disambut oleh pegawai tinggi kerajaan negeri, sebelum menunaikan solat itu yang diimamkan Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Roslan Abdul Halim.

Turut menunaikan solat adalah Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Mohd Puat Ali.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Yang di-Pertuan Agong Solat Aidil Adha Di Masjid Zahir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top