Latest News

Saturday, 26 September 2015

Thailand Perlu Bantu Sekat Kemasukan Anjing Liar Di Sempadan - Exco




Kerajaan Negeri Kedah akan meminta kerjasama daripada pihak Thailand bagi mengawal dan membendung kemasukan anjing liar daripada negara itu memasuki kawasan sempadan Kedah. 

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Badrol Hisham Hashim berkata, terdapat laporan menyatakan ada anjing-anjing liar dari negara itu memasuki negeri ini dari sempadan Thailand.

"Jika perlu, kita akan meminta kerjasama Thailand dan mengadakan perbincangan mengenainya," katanya

Menurutnya lagi, pihak berkuasa tempatan telah diarahkan untuk manangani wabak anjing gila dengan lebih agresif termasuk memastikan pemilik anjing memiliki lesen untuk memelihara haiwan itu 

Sehingga Ahad lalu, Jabatan Kesihatan Negeri mencatat 18 kes gigitan dengan dua daripadanya melibatkan anjing gila.

Kenyataan Menteri Besar Kedah mengenai penyakit Anjing Gila sebelum ini 



Sidang Media YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir berkenaan kes penularan "Wabak Rabies" atau dikenali penyakit anjing...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Sunday, 20 September 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Thailand Perlu Bantu Sekat Kemasukan Anjing Liar Di Sempadan - Exco Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top