Latest News

Sunday, 27 September 2015

Langkawi kekal status Geopark Global Unesco


Status Langkawi sebagai geopark global Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) dilanjutkan selama empat tahun lagi apabila diberi penarafan kad hijau baru-baru ini.

Perkara ini diumumkan semasa Simposium Rangkaian Geopark Asia-Pasifik (APGN) keempat yang berlangsung di San'in Kaigan, Jepun, kata Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dalam e-mel hari ini.

Pulau itu diberi status geopark global pada 2007 untuk tempoh empat tahun sebelum penilaian dijalankan pada 2011 yang membolehkan Langkawi mengekalkan status itu sehingga tahun ini.

Status terbaru yang berkuatkuasa untuk tempoh 2016-2019 diberi selepas penilaian dijalankan oleh dua pakar geopark Unesco, Pablo Rivas Palomo dari Sepanyol dan Pasquale Li Puma dari Itali pada Ogos lepas. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Langkawi kekal status Geopark Global Unesco Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top