Latest News

Monday, 21 September 2015

2 Lagi Jenazah Jemaah Haji Malaysia Ditemui



SIDANG MEDIA YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

IBU PEJABAT TABUNG HAJI, ABRAJ JANADRIYAH, MAKKAH

21 SEPTEMBER 2015 JAM 7.15 PAGI

DUA LAGI JENAZAH JEMAAH MALAYSIA DITEMUI

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum WBT.

Pagi ini, saya ingin menyampaikan maklumat mengenai perkembangan terkini Jemaah Haji Malaysia berikutan insiden kren tumbang yang berlaku pada hari Jumaat, 11 September 2015 yang lepas.

Pada 10 malam (waktu Arab Saudi) bersamaan 3.00 pagi (waktu Malaysia), pihak berkuasa Arab Saudi telah memaklumkan kepada TH penemuan dua lagi mayat.

Pihak Perubatan TH telah bergegas ke rumah mayat Muassim untuk membuat pengecaman dan pengesahan awal. Sejurus selepas itu, waris-waris telah di bawa ke rumah mayat untuk tujuan pengesahan.

Jenazah telah disahkan oleh waris dan disokong oleh identifikasi yang masih ada pada jenazah khususnya gelang, lencana dan barangan peribadi.

Saya ingin memaklumkan bahawa jenazah tersebut adalah Abdul Habib Lahman dan Shahidan Saad setelah disahkan oleh waris masing-masing. Jenazah Shahidan Saad telah disahkan oleh abang, adik lelaki dan isteri beliau manakala jenazah Abdul Habib Lahman telah disahkan oleh anak beliau.

Pada masa ini, tumpuan adalah untuk mempercepatkan proses pengurusan jenazah oleh pihak pihak Muasassah dan TH.

Bersama-samalah kita berdoa semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Saya bagi pihak Kerajaan Malaysia ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi di atas segala kerjasama dan sokongan mereka untuk menemukan dengan Jemaah Malaysia yang terlibat dengan kejadiaan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 2 Lagi Jenazah Jemaah Haji Malaysia Ditemui Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top