Latest News

Tuesday, 1 September 2015

17 Bayi Merdeka Di Kedah

gambar hiasan

ALOR SETAR, sebanyak 17 bayi Merdeka selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) iaitu lima lelaki dan 12 perempuan.

Nurul Nabilah Abdullah, 21, dari Kampung Alor Setol berkata pengalaman melahirkan anak sulungnya, bayi lelaki seberat 3.18 kilogram pada 2.09 pagi tadi, amat manis kerana berkongsi tarikh keramat kemerdekaan negara.

Ong Siew Chen, 29, pula teruja dan tidak akan melupakan Hari Kebangsaan tahun ini kerana beliau selamat melahirkan bayi perempuannya seberat 3.1 kilogram pada pukul 2.11 pagi tadi di hospital tersebut.

Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyediakan hamper dan pembukaan akaun bernilai RM200 untuk 50 bayi Merdeka di HSB.

Katanya, kerajaan negeri juga memberi baucar barangan bayi bernilai RM80 dan pembukaan akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM20 menerusi Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA).
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 17 Bayi Merdeka Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top