Latest News

Tuesday, 18 August 2015

Video : KXP Mampu Cetus Pertumbuhan Ekonomi Wilayah Utara - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah




Dalam Titah Ucapan Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah kelmarin, Baginda mahu Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius kepada cadangan Kerajaan Negeri untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kerana ianya mampu mencetus kepada pertumbuhan ekonomi negeri-negeri di Wilayah Utara Semenanjung.

Kerajaan dan rakyat Negeri Kedah telah lama berkorban dengan memperuntukkan sehingga 240,000 hektar daripada keluasan tanah hutan bagi memastikan jaminan keselamatan bekalan makanan negara (Food Security) serta bekalan 35% beras negara terus terpelihara. Oleh kerana itu pemohonan Kedah harus diberi perhatian diatas pengorbanan yang telah dilakukan.

YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin yakin dan percaya kecekapan Kerajaan yang diterajui YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dan disokong Kerajaan Persekutuan, projek yang bernilai tinggi berkenaan mampu dilaksanakan dengan jayanya


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : KXP Mampu Cetus Pertumbuhan Ekonomi Wilayah Utara - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top