Latest News

Monday, 24 August 2015

UMNO Pilihan Terbaik Bagi Orang Melayu - Mukhriz Mahathir




Orang Melayu tidak mempunyai pilihan lain selain daripada UMNO dalam memperjuangkan nasib dan memajukan kedudukan mereka, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun berkata, perjuangan UMNO amat dekat dihati rakyat dan parti itu sentiasa mendengar suara hati rakyat.

"Jikalau kita hendak harapkan (parti) yang lain, kita tidak akan mendapat apa yang dinikmati hari ini. Parti PAS sahaja telah berpecah kepada tiga, dengan PASMA dan GHB atau 'Gerakan Haru Biru'."

"Dalam keadaan seperti itu, saya tidak yakin mereka akan dapat sebaik UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerlun yang dirasmikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, Sabtu.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: UMNO Pilihan Terbaik Bagi Orang Melayu - Mukhriz Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top