Latest News

Monday, 17 August 2015

Tumpu Usaha 'Meremajakan' UMNO - Mukhriz



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mahu tumpuan diberikan terhadap usaha 'meremajakan' UMNO kerana majoriti pengundi merupakan golongan muda.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata langkah itu penting bagi menarik minat orang muda untuk menyertai perjuangan UMNO selain memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Orang muda pada ketika ini lebih cenderung kepada pembangkang yang menonjolkan pemimpin muda yang lantang bersuara walaupun isinya belum tentu lagi ada.




"Saya mohon untuk kita menjamin kesinambungan perjuangan parti. Orang lama harus mendidik pewaris perjuangan ini, didik mereka supaya mereka ini tidak menyimpang daripada perjuangan, ajar mereka bagaimana kita berjuang dan benarkan mereka untuk memilih apa jua cara pendekatan yang sesuai dengan keadaan semasa," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kampar di Dewan Banquet RTC Gopeng hari ini.

Selain itu, Mukhriz berkata kebajikan rakyat perlu dijaga kerana mereka akan menyokong UMNO dan BN jika pemimpin dan anggota parti komited membantu dan memahami situasi yang mereka alami.

"Rakyat ini juga daripada kalangan orang yang bersyukur, tahu kenang budi, siapa yang berbudi kepada mereka, selalu pergi berjumpa dengan rakyat jadi sahabat ... itu sebenarnya yang beri kemenangan," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tumpu Usaha 'Meremajakan' UMNO - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top