Latest News

Monday, 31 August 2015

Ribuan Rakyat Hadir Sambutan Hari Merdeka Negeri Kedah


Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah diadakan awal pagi tadi di hadapan  Dataran Masjid Zahir dengan dihadiri Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Ahli-ahli Pemangku Jemaah Sultan Kedah, Menteri Besar Kedah dan juga barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah. 

Ribuan rakyat juga tidak melepaskan peluang melihat pelbagai acara seperti perarakan perbarisan badan-badan Kerajaan Negeri Kedah. 

Antara yang turut berarak adalah persatuan kereta Myvi Kedah , Persatuan Kereta  Alza , moto antik , moto berkuasa tinggi dan lain-lain lagi. 

Turut mengambil bahagian adalah pihak Bomba, Polis , Tentera Darat dan Laut serta unit berunifom lain. 

Majlis selesai kira-kira jam 11.00 pagi. 







  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ribuan Rakyat Hadir Sambutan Hari Merdeka Negeri Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top