Latest News

Wednesday, 19 August 2015

Peruntukan Bandaraya Getah Padang Terap Akan Diterima Mac 2016



Projek Bandaraya Getah atau dikenali sebagai Rubber City di Padang Terap, yang dimasukan dalam bajet Kedah 2015 dijangka menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan selewat-lewatnya Mac 2016.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail, semasa menjawab soalan YB Kama Noriah Ibrahim (Barisan Nasional -Pedu ). Projek ini telah mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan Pusat, peruntukan daripada Pusat nanti akan melibatkan kos pengambilan tanah dan kos prasarana.


Projek pembinaan bandar raya ini adalah  transformasi ekonomi pelaburan berskala besar dan projek dijangka menawarkan 13,000 peluang pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi.

Mengenai jumlah keseluruhan projek ini, Ku Abdul Rahman  berkata, ia akan diketahui apabila Jabatan Penilaian menyelesaikan proses penilaian tanah di kawasan Ladang Bukit Ketapang, Padang Terap.

Walaupun keadaan ekonomi dunia dan negara mengalami kemerosotan, terdapat beberapa syarikat yang menghasilkan barangan berasaskan getah berminat untuk melabur di dalam projek itu, kata beliau.

"Sebagai contoh ada syarikat yang menghasilkan sarung tangan getah di Sepang mereka amat berminat melabur di sini dan hanya menunggu projek ini dijalankan," katanya.


Sebelum ini projek ini dicadangkan di Durian Burung tetapi kawasan berbukit bukau tidak sesuai untuk melaksanakan projek ini. 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Peruntukan Bandaraya Getah Padang Terap Akan Diterima Mac 2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top