Latest News

Friday, 28 August 2015

MBAS agih 500 Jalur Gemilang #SehatiSejiwa


Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini mengagihkan sebanyak 500 Jalur Gemilang kepada orang ramai bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena Hari Kebangsaan ke-58 yang akan disambut pada Isnin ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata agihan Jalur Gemilang itu merupakan program MBAS bersama jabatan dan agensi lain sempena Kempen Kibar Bendera bagi mengajak masyarakat supaya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi.

"Sebanyak 500 bendera kecil diagih dan dilekatkan di kenderaan. Ini merupakan inisiatif yang dijalankan oleh MBAS untuk mengajak masyarakat mempunyai semangat patriotisme," katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Jalur Gemilang di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pengagihan bendera di premis-premis dikurangkan kerana mahu mengalakkan pemilik mengambil inisiatif sendiri untuk menggantungkan Jalur Gemilang.

Sehubungan itu katanya, pemilik premis yang belum memasang Jalur Gemilang diharap dapat memasangnya bagi menyemarak dan memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan di negeri ini. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MBAS agih 500 Jalur Gemilang #SehatiSejiwa Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top