Latest News

Saturday, 29 August 2015

Majlis Perarakan Skuad Helang Merah Petang Ini 29 Ogos 2015



Skuad Kedah dengan jolokan 'Helang Merah', yang muncul juara Liga Perdana 2015 baru-baru ini, akan disambut pada Majlis Perarakan dan Sambutan Piala Liga Perdana, pada malam ini jam 7.45pm  29 Ogos 2015.

Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dan Pembangunan Insan negeri Aminuddin Omar berkata majlis yang bermula dari Wisma Darul Aman pada 7.45 malam itu akan melalui sembilan kawasan.

Perarakan sejauh 5.9 kilometer menggunakan bas bermula dari Wisma Darul Aman ke Muzium Negeri, Menara Alor Setar, Balai Seni, Pekan Rabu Lama, Bulatan Kota, Bulatan Telok Wanjah, IPK Kedah sebelum berakhir di Stadium Darul Aman.

"Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan menunggu pemain di Stadium Darul Aman dan saya berharap semua peminat bola sepak Kedah datang beramai-ramai meraikan wira skuad Helang Merah ini," katanya

Turut berlangsung pada malam itu, katanya adalah perlawanan akhir Piala Menteri Besar antara Baling dan Helang Muda, selain acara cabutan bertuah dengan hadiah melancong ke Jakarta dan Bandung serta pemberian jersi kepada peminat.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Majlis Perarakan Skuad Helang Merah Petang Ini 29 Ogos 2015 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top