Latest News

Wednesday, 26 August 2015

Majlis Perarakan & Sambutan Piala Juara Liga Premier 2015 29 Ogos


Majlis meraikan wira-wira Skuad Helang Merah Kedah yang menjuarai Liga Premier 2015 minggu lalu akan diadakan di Stadium Darul Aman Alor Setar 29 Ogos nanti bermula jam 7.45 malam.

Menurut Exco Sukan Negeri Kedah, YB Aminudin Omar majlis perarakan Skuad Liga Premier Kedah dan piala akan bermula di Wisma Darulaman melalui 9 kawasan iaitu Muzium Negeri Kedah, Menara Alor Setar, Balai Seni, Pekan Rabu lama, Bulatan Kota, Bulatan Teluk Wanjah, IPK Kedah sebelum tiba di Stadium Darulaman.

Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir akan menanti bersama puluhan ribu penyokong Skuad Helang Merah di Stadium Darul Aman bagi menyambut barisan wira Kedah.

Antara acara menarik malam itu adalah seperti Penyampaian Piala Juara Liga Premier 2015, Pertunjukan Bunga Api, Final Piala YAB Menteri Besar antara Lang Muda menentang PB Daerah Baling, Sepakan Gol, Tayangan Video Kejuaraan dan Cabutan Bertuah yang menawarkan pakej percutian ke Indonesia.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Majlis Perarakan & Sambutan Piala Juara Liga Premier 2015 29 Ogos Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top