Latest News

Wednesday, 26 August 2015

Kenapa Kedah Miskin Tapi Gaji Adun Naik?


Pelbagai isu dan andaian yang dibuat oleh pihak-pihak yang kononnya bijak, tapi sebenarnya pengacau negeri Kedah. Mereka bukan mencari jawapan 'kenapa?', tapi sengaja memporak peranda perkara kenaikan gaji ini, sedangkan usul kenaikan gaji ini sudah dibincangkan semasa Sidang Dun yang lepas lagi.

YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sudah memperjelaskan tentang kenaikan gaji wakil-wakil rakyat Kedah, kali terakhir gaji mereka disemak pada 11 tahun lepas. Sudah tentu perkara ini penting, kerana gaji wakil rakyat Kedah merupakan yang terendah didalam Malaysia, jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain, malah jika dibandingkan dengan gaji guru besar sekolah rendah pun, mereka lebih tinggi dari YB Kedah sekarang.

Mengambil kira dengan taraf hidup yang tinggi dan juga mengambil kepentingan rakyat, YAB MB mengemukakan usul ini apabila memikirkan masak-masak mengenainya.\

Enakmen itu menetapkan gaji Adun akan dinaikkan daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan.
Gaji speaker dan 10 anggota Exco pula akan dinaikkan daripada RM6,109 kepada RM14,000 sebulan manakala gaji timbalan speaker daripada RM3,993 kepada RM7,000 sebulan.

Gaji baharu Menteri Besar pula adalah RM22,000 sebulan berbanding RM14,175 sebulan sebelum ini.
Gaji MB hanya separuh saja kenaikan.

Walaupun Kedah sudah menaikan gaji, tapi ia tetap paling rendah jika nak dibandingkan dengan negeri lain.

11 Tahun tak naik gaji, tapi rakyat mengharapkan kerja wakil rakyat yang terbaik. Jika mereka diberi pendapatan lebih, barulah mereka lebih yakin nak berhadapan dengan rakyat. Sekarang ni, ada YB yang lari bersembunyi dalam rumah bila ada orang datang minta bantuan. Ada juga yang tak berani nak solat Jumaat dikariah sendiri, takut-takut bila jumpa rakyat, depa minta bantuan, sedangkan YB sendiri nak makan pun tak cukup.

Kalau sampai macam tu, adakah tak wajib gaji wakil rakyat dinaikkan? Macam mana nak jaga rakyat jika diri sendiri pun tak lepas?

Dalam perkara ini, kita kena fikir dengan mengunakan akal, kemudian timbang dengan hati. Jika rasa kita ni masih manusia, rasanya kita faham kenapa ianya perlu.

Bab kongsi GST, cadangan Dato Seri Mukhriz tu tak salah, kongsi bersama negeri miskin. Bukan Kedah nak enjoy atau joli, tapi ia akan digunakan untuk pembangunan dan juga membela rakyat.

Apakah sekarang ni menjadi kesalahan bila seseorang wakil rakyat, menyuarakan hasrat dan adu rakyat pada atasan?
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kenapa Kedah Miskin Tapi Gaji Adun Naik? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top