Latest News

Wednesday, 19 August 2015

Kedah Tourism Sdn Bhd Bantu Semarakan Industri Pelancongan Negeri - Exco #sidangdunkedah


Mengenai cadangan penubuhan Lembaga Penggalakan Pelancongan untuk meningkatkan industri itu di Kedah oleh Adun Kupang, Harun Abdul Aziz semalam sewaktu sidang Dun, Pengerusi jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan, Warisan dan Kerjaya, YB Dato Mohd Rawi Abd Hamid berkata Kerajaan negeri bakal menubuhkan syarikat Kedah Tourism Sdn Bhd bagi membantu menyemarakkan lagi industri pelancongan di negeri ini, selari dengan Tahun Melawat Kedah 2016.

Syarikat tersebut akan diletakkan di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI). Seorang Ketua Pegawai Eksekutif bakal dilantik dalam masa terdekat untuk menerajui syarikat tersebut, dan akan memberi tunjuk ajar, panduan, dan fokus kepada pelancongan di negeri ini. katanya.

Menurut Dato Mohd Rawi, negeri di Semenanjung tidak digalakkan untuk menubuhkan sebuah lembaga di bawah sebuah perbadanan, justeru tiada keperluan bagi negeri itu menubuhkanya.

Beliau merujuk negeri Melaka yang hanya sebuah negeri kecil tetapi berjaya menjadi pusat pelancongan terkenal negara tetapi di Kedah kita akan segalanya, ujarnya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Tourism Sdn Bhd Bantu Semarakan Industri Pelancongan Negeri - Exco #sidangdunkedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top