Latest News

Monday, 31 August 2015

Kedah Anjur Solat Hajat Perdana Khamis 03 September Ini


Kedah akan menganjurkan program ' Solat Hajat Perdana ' di Stadium Sultan Abdul Halim, khamis 03 September ini.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar Solat Hajat Perdana ini untuk kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan Negeri Kedah. Majlis akan bermula jam 6.30 petang.

" Ia dimulakan dengan solat Maghrib, silat hajat, bacaan Yasin, Solat Isyak dan juga forum agama" katanya.

Jelasnya lagi "Objektif program adalah untuk memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T di samping bagi mendoakan kesejahteraan rakyat, memohon negeri dan rakyat agar dilimpahi dengan kemakmuran serta untuk bermunajat dan mendoakan agar rakyat dan negeri Kedah sentiasa dalam keadaan aman dan sentosa".

Solat Hajat Perdana ini akan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Anjur Solat Hajat Perdana Khamis 03 September Ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top