Latest News

Sunday, 30 August 2015

DS Mukhriz Raikan Juara Piala Liga Perdana Bersama Penyokong Kedah


Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir bersama hampir 15 Ribu penyokong skuad Helang Merah meraikan kejayaan pasukan itu menjuarai Liga Perdana 2015 minggu lalu. 

Majlis perarakan Skuad Helang Merah dimulai jam.7.45 malam di Wisma Darulaman dengan pemain Kedah diarak menaiki bas, diketuai oleh 200 buah moto besar dan lebih 500 penyokong yang turut berarak. 

Melalui beberapa kawasan sekitar bandaraya Alor Setar sebelum tiba di Stadium Darulaman dan diarak menaiki pacuan empat roda ke dalam Stadium. 

Kapten Skuad Helang Merah, Khairul Hilmi Johari menyerahkan Piala Juara Liga Perdana kepada Menteri Besar dan diraikan  oleh ribuan penyokong. 

Dalam ucapan Dato Seri Mukhriz telah mengumumkan imbuhan sebanyak RM 10 Ribu untuk setiap pemain dan pegawai KFA dan pakej mengerjakan umrah.

Bagi pemain yang bukan Islam mereka akan dibayar mengikut kos mengerjakan umrah. 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DS Mukhriz Raikan Juara Piala Liga Perdana Bersama Penyokong Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top