Latest News

Thursday, 27 August 2015

Mukhriz Melawat Mangsa Ribut Di Sungai Petani


Kejadian ribut di beberapa tempat di Sungai Petani semalam mendapat perhatian Menteri Besar Kedah yang hadir melawat dan memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa terlibat petang ini.
Dalam ucapan beliau, Dato' Seri Haji Mukhriz turut merasa sedih dan beliau mahu penilaian segera dibuat bagi membantu mangsa-mangsa ini.

Kerajaan negeri akan membantu sedaya mungkin untuk memberi bantuan kepada semua mangsa dan beliau menyeru pelbagai pihak juga turut membantu.


Dun Bukit Selambau di Flat Paya Nahu Sungai Petani seramai 22 keluarga terlibat dengan seramai 84 orang mangsa.

Bagi Dun Tanjung Dawai sebanyak 11 kediaman rosak yang melibatkan 48 mangsa. Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Telok Che Lela, Kampung Jilid 8 dan Kampung Pengkalan Langgar.

Di Dun Sidam hanya sebuah kediaman terlibat melibatkan 3 mangsa iaitu di Kampung Bukit Belah. Di Taman Sri Tanjung pula sebanyak 37 buah kediaman rosak dan 140 orang mangsa terlibat.

Selepas di Flat Paya Nahu, Dato Seri Mukhriz ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pekan Lama Sungai Petani bagi melihat kerosakan akibat ribut semalam dan seterusnya ke Masjid Sultan Abdul Halim Taman Ria Jaya, Sungai Petani
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mukhriz Melawat Mangsa Ribut Di Sungai Petani Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top