Latest News

Sunday, 5 July 2015

Pulau Pinang Haramkan Ustaz Kazim?


Penceramah popular, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) kini dilarang menyampaikan ceramah agama kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.

Difahamkan, seorang Exco kerajaan negeri yang beragama Islam menyekat program bersama DUKE dengan mengeluarkan satu arahan supaya program tersebut dibatalkan atas alasan ianya boleh menggugat kedudukan kerajaan negeri.

DUKE berkata, program yang bakal berlangsung ini telah pun dirancang 3 bulan lebih awal dan terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Menurut DUKE, beliau agak terkilan dan kecewa kerana dilayan sebegini oleh exco kerajaan yang beragama Islam.

Tambah DUKE, sewajarnya Exco terbabit memberi galakan dan sokongan terhadap program keagamaan seperti ini, tetapi sebaliknya beliau menghalang program seperti ini diadakan.

"Saya hairan program ini telah dirancang sejak tiga bulan yang lalu. Secara tiba-tiba penganjur beritahu, mereka diarahkan supaya dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saya merupakan salah seorang penceramah pada program tersebut.

"Apa yang menyedihkan, arahan tersebut pula datang dari seorang Exco beragama Islam, sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan supaya program keagamaan seperti itu diperbanyakkan," kata DUKE.

Justeru itu, DUKE menggesa pemimpin politik supaya tidak menghalang mana-mana pihak termasuk penceramah bebas untuk menyampaikan ceramah agama kepada masyarakat Islam di negara ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Sabor je le.

    ReplyDelete
  2. Kebebasan bersuara jenis pakatan....

    ReplyDelete

Item Reviewed: Pulau Pinang Haramkan Ustaz Kazim? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top