Latest News

Tuesday, 7 July 2015

Ayahanda Tun tak terlibat dengan WSJ - @MukhrizMahathir




Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang yang mendedahkan satu persatu masalah yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah beliau turut menolak sebarang tuduhan yang mengaitkan bapanya termasuk pendedahan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) Jumaat lepas.

Mukhriz menyifatkan dakwaan yang telah dilemparkan terhadap bapanya itu adalah tidak benar

Beliau yakin Dr Mahathir langsung tidak terlibat dalam laporan Wall Street Jurnal. Walaupun Tun Mahathir ada membangkitkan sesuatu isu dalam 1MBDB, tetapi beliau juga yakin bahawa Tun Dr Mahathir tidak terlibat untuk memalsukan dokumen yang didedahkan baru-baru ini.


VIDEO: Dato Seri Hj Mukhriz YAKIN Ayahanda Tun Dr Mahathir tak terlibat dengan rancangan dan laporan Wall Street Journal (WSJ)
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, July 6, 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ayahanda Tun tak terlibat dengan WSJ - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top