Latest News

Saturday, 6 June 2015

Usahawan PKS Disaran Rebut Peluang Dalam Kerancakan Pembangunan Ekonomi Negeri Kedah

 Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir merasmikan Majlis Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana, atau PKS, bagi tahun 2015, Peringkat Negeri Kedah.
Dato Seri bagi pihak Kerajaan Negeri, merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta SME Corp. Malaysia di atas penganjuran Minggu PKS yang diadakan setiap tahun bermula dari tahun 2012, pada minggu ke-empat setiap bulan Jun.

Mengikut statistik, Perusahaan Kecil dan Sederhana atau PKS, merupakan entiti perniagaan terbesar daripada jumlah syarikat yang berdaftar di Malaysia. Sebanyak 645,136 atau 97.3 peratus syarikat yang berdaftar adalah bertaraf PKS. Manakala dari jumlah besar tadi, sebanyak 37,148 PKS iaitu 5.8 peratus menjalankan perniagaan di Kedah.

Adalah diharapkan projek-projek katalitik yang digerakkan melalui Pelan Transformasi Negeri Kedah seperti Taman Teknologi Tinggi di Bukit Kayu Hitam, Bandaraya Getah di Padang Terap serta Kedah Aerocity yang merupakan komponen pembangunan Lapangan terbang Antarabangsa Kulim, dapat merangsang penubuhan lebih banyak entiti PKS. Semoga usaha niaga ini terlibat di dalam sektor-sektor berdaya maju dan berinovasi seperti pembuatan automotif, elektrikal dan elektronik, aero angkasa dan sebagainya.

Walaupun begitu, usahawan-usahawan mikro juga diharap tidak melepaskan peluang dengan mengambil bahagian di dalam rantaian bekalan di dalam industri-industri ini selaras dengan kerancakan pembangunan ekonomi negeri Kedah.

Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11) yang memberi tumpuan kepada enam strategi tumpuan iaitu Inklusiviti, Kesejahteraan Rakyat, Modal Insan, Pertumbuhan Hijau, Infrastruktur serta Inovasi dan Produktiviti.

RMK-11 ini turut menekankan tentang pentingnya PKS untuk melonjakkan pendapatan Negara. Sumbangan PKS dari segenap sektor disasarkan untuk mencapai 41 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020 dengan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 9.3 peratus.
Video disekitar YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir merasmikan Majlis Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana,...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on 5hb Jun 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Usahawan PKS Disaran Rebut Peluang Dalam Kerancakan Pembangunan Ekonomi Negeri Kedah Rating: 5 Reviewed By: Pisau Kedah
Scroll to Top